SEORANG bekas pegawai polis telah dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi 60 tuduhan jenayah melibatkan pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen dan pecah amanah.
Norazly Joihani, 33 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu antara 2009 dengan 2010, semasa berkhidmat di Divisyen Polis Bedok.