Bekas banduan balas kebaikan kawan dengan mencabul anak kecilnya

AIR susu dibalas dengan air tuba.

Itulah yang dilakukan seorang bekas banduan setelah dibantu kawannya selepas dia keluar dari penjara kerana kesalahan dadah.

Kawannya, seorang penjual roti perata, menawarkannya bukan pekerjaan sahaja, bahkan tempat tinggal di flatnya.

Bagaimanapun, bekas banduan yang kini berumur 57 tahun itu mengkhianati kebaikan kawannya dengan melakukan penganiayaan seks terhadap anak lelakinya yang berusia tujuh tahun.

Bapa tiga anak itu melakukannya kerana kanak-kanak tersebut, seorang murid sekolah rendah, sering sendirian di rumah bersamanya

Pada satu ketika pada Disember 2009, dia memaksa budak itu melakukan seks oral padanya.

Dia dihukum penjara enam tahun pada Rabu (11 Nov) selepas mengaku bersalah bagi satu daripada tiga pertuduhan.

Nama lelaki itu dan mangsanya tidak boleh disiarkan.

Penolong Pendakwa Raya, Encik Dillon Kok, memberitahu mahkamah tertuduh bekerja dengan bapa mangsa di gerai roti peratanya selepas keluar dari penjara pada 2009.

Semasa dia berada di rumah bersendirian dengan budak tersebut pada Disember tahun itu, dia membawanya ke dalam bilik tidur dan melakukan kesalahan tersebut.

Kanak-kanak itu terlalu takut untuk melawan.

Bekas banduan itu pindah dari flat tersebut pada lewat Januari 2010.

Encik Kok berkata perbuatannya terbongkar hanya pada pertengahan 2013 apabila mangsa pada satu ketika menyuruh adik perempuannya mengusapnya.

Penjual roti perata itu dan isterinya kemudian melaporkan kepada polis dan juga Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.