Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas banker dalam kes 1MDB hadapi tuduhan baru

May 13, 2016 | 10:38 AM



SATU pertuduhann baru yang dikenakan terhadap bekas pengurus kekayaan BSI Bank of Singapore, Yeo Jiawei, menyatakan AS$11.95 juta ($16.3 juta) dipindahkan daripada bekas anak syarikat firma pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Wang itu dikatakan pergi ke sebuah syarikat yang dikuasai rakan perniagaan hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.



Yeo, 33 tahun, yang pendakwa berkata "tidak memainkan peranan kecil dalam usaha menyembunyikan tangan orang-orang terlibat", didakwa memudahkan pemindahan daripada SRC International (Malaysia) ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat yang dikuasai sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.



Bagi memudahkan pemindahan melalui Pacific Harbor Global Growth Fund sebagai perantara, Yeo didakwa menipu menandatangani surat rujukan kepada ketua pencegahan pengubahan wang dan pematuhan sekatan bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika Citigroup untuk menipu bank itu agar menyangka surat tersebut ditandatangani dengan kuasa daripada BSI Bank of Singapore.



SRC kini di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, pemilik tunggal 1MDB.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, terbabit dalam skandal mengenai deposit sebanyak RM42 juta ($14 juta) yang terdapat dalam akaun bank peribadinya daripada SRC, tetapi Peguam Negara Malaysia telah membebaskan beliau daripada salah laku jenayah dalam perkara itu.



Di samping itu, pihak berkuasa Switzerland berkata siasatan mereka mendedahkan penyelewengan yang disyaki sebanyak AS$4 bilion melibatkan empat kes yang ada kaitan dengan SRC dan lain-lain.



Pertuduhan baru itu membawa jumlah pertuduhan terhadap Yeo kepada tujuh.



Ia "membuka satu bahagian yang sama sekali baru dalam siasatan", kata Peguam Cara Negara Kedua Singapura, Encik Kwek Mean Luck, pada Khamis (12 Mei).



Siasatan telah mencapai "tahap genting" kerana mereka sedang "bergerak lebih dekat ke pusat rangkaian transaksi jenayah rentas bidang kuasa rumit... asal-usul aliran wang itu dan orang-orang utama yang Yeo telah berinteraksi".



Pendakwa raya berkata pertuduhan itu berkaitan satu tuduhan yang dikenakan sebelum ini di mana Yeo dituduh menipu BSI dengan menyembunyikan hakikat bahawa dia akan menerima, melalui Bridgerock Investment, sebuah firma yang dikuasainya, sebahagian daripada yuran pengurusan tahunan yang dibayar kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan Pacific Harbor Global Growth Fund.



Sebelum ini, Yeo telah didakwa menghalang keadilan, menipu bekas majikannya, melakukan pengubahan wang haram dan memindahkan dana ganjaran daripada perbuatan jenayah.



Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menahan reman Yeo selama satu minggu lagi dan membenarkan anak perempuan Yeo mempunyai akses diselia kepadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >