Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas banker peribadi BSI Singapore dituduh di tengah-tengah siasatan 1MDB

Apr 22, 2016 | 02:34 PM



SEORANG  bekas banker peribadi telah dikenakan tuduhan pengubahan wang haram, umum Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Jumaat (22 Apr).



Yeo Jiawei, bekas perancang kekayaan di bank swasta Swiss BSI SA cawangan Singapura, didakwa di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Ganjaran).



“Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, tiada butir-butir lanjut terdapat   pada masa ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh AGC  sebagai respons   kepada pertanyaan media.



Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi oleh akhbar The Straits Times,  Yeo didakwa pada 15 April  menerima  $200,000 dalam akaunnya di Bank of China  pada atau sekitar 30 Jan 2013.



Wang itu adalah  ganjaran  daripada  menipu, berkata kertas pertuduhan.



Walaupun pertuduhan itu tidak menyebut 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau sembarang entiti atau individu berkaitan, Bloomberg melaporkan pada Jumaat bahawa ia berpunca daripada siasatan mengenai aliran dana pelaburan kerajaan Malaysia itu.



Bloomberg menukil sumber yang tidak dinamakan.

Yeo, 33 tahun,  mencadangkan produk pelaburan kepada 1MDB dan disoal sebagai sebahagian daripada siasatan Singapura, menurut sumber Bloomberg.



Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda $500,000 atau kedua-duanya.



Pertuduhan itu perkembangan terkini berhubung   siasatan ke atas       1MDB, yang lembaga penasihatnya diketuai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.



Pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland, Amerika Syarikat dan Luxembourg sedang menyiasat dakwaan bahawa 1MDB digunakan untuk menyalur wang kepada individu yang ada hubungan politik.



Switzerland menganggarkan kira-kira AS$4 bilion ($5.4 bilion) mungkin  disalah guna daripada syarikat-syarikat milik negara Malaysia. Mereka berkata Datuk Seri Najib bukan sasarannya.



Satu jawatankuasa Parlimen Malaysia mengenal pasti urus niaga tidak mengikut peraturan bernilai sekurang-kurangnya AS$4.2 bilion oleh syarikat tersebut.



1MDB dan Datuk Seri Najib telah secara konsisten menafikan salah laku.



BSI, yang berpangkalan di Lugano, Switzerland, mengendalikan akaun untuk 1MDB dan pihak lain yang termasuk Aabar Investments PJSC dari Abu Dhabi, yang ada urusan perniagaan dengan 1MDB, dan seorang peniaga Malaysia, Encik Low Taek Jho.



Ini menurut dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Singapura sebagai sebahagian usaha seorang lagi bekas banker peribadi BSI, Encik Yak Yew Chee, untuk mencairbekukan aset yang dibekukan pihak berkuasa.

Encik Yak antara beberapa pegawai kanan yang telah berhenti daripada cawangan BSI di Singapura dalam bulan kebelakangan.



Mereka termasuk tiga ahli jawatankuasa bank itu yang menyemak pelanggan baru utama semasa wang mengalir masuk dari 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >