Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas CEO didakwa terima rasuah lebih AS$288,000

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



BEKAS ketua pegawai eksekutif (CEO) firma pengilangan diheret ke mahkamah semalam atas tuduhan menerima rasuah wang melebihi AS$288,000 ($379,000).



Goh Chan Peng, 63 tahun, yang pernah menerajui syarikat Beyonics Technology, dikatakan mula melakukan jenayahnya pada November 2011.



Dia didakwa menerima rasuah sebanyak AS$200,000 daripada dua syarikat, iaitu Nedec, pengeluar komponen jitu, dan Kodec, yang terlibat dalam perniagaan peralatan elektrik.



Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa rasuah tersebut diberi sebagai ganjaran membantu kedua-dua syarikat itu mendapatkan geran bernilai AS$2.5 juta daripada syarikat huraian penyimpanan data Seagate Technology International.



Selepas itu, Goh didakwa menerima rasuah lebih AS$88,000 daripada Nedec dan Kodec antara Mei 2012 dengan Januari 2013.



Dia juga dituduh memindahkan sebanyak AS$500,000 daripada akaun bank syarikatnya sendiri yang dikenali sebagai Wyser International ke akaun firma lain.



Goh dikatakan melakukan kesalahan berkenaan pada 15 Februari 2013.



Dia menghadapi tuduhan kerana bersetuju menerima rasuah dan memanfaatkan hasil ganjaran perbuatan jenayahnya itu.



Ini disamping sembilan tuduhan menerima rasuah berjumlah lebih AS$88,000.



Goh, yang diwakili peguam Terence Tan, dibebas dengan ikat jamin $400,000. Dia akan kembali ke mahkamah pada 27 April.



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata pihaknya memandang serius sebarang bentuk perbuatan rasuah dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat.



Bagi setiap tuduhan rasuah, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan didenda hingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >