Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas editor The Real Singapore, Ai Takagi, selindung di balik nama 'Farhan'

Mar 09, 2016 | 10:19 AM



MENGGUNAKAN nama rekaan 'Farhan', warga Australia Ai Takagi menerbitkan banyak artikel di laman web sosio-politik yang kini tidak berfungsi, The Real Singapore (TRS).

Posnya itu mengeksploitasikan isu kaum yang boleh memecahbelah dan isu xenofobia dan menarik jumlah besar trafik ke laman web itu, yang meraih pendapatan pengiklanan hampir $500,000 dalam 17 bulan.

Pada Selasa (8 Mac), Takagi, bekas editor TRS, mengaku bersalah bagi empat tuduhan menghasut, dengan menerbitkan artikel menghasut di laman itu dan Facebook.

Dia juga mengaku bersalah bagi tiga lagi tuduhan hasutan dan satu tuduhan gagal mengemukakan penyata kewangan mengenai hasil pengiklanan TRS kepada polis. Ini akan diambil kira apabila hukuman dijatuhkan.

Hakim Daerah Salina Ishak menangguhkan hukuman hingga 23 Mac.

Sabitan kesalahan Takagi, 23 tahun, menamatkan perbahasan berterusan warga Internet mengenai identiti 'Farhan', yang mula terkenal pada 2013 kononnya sebagai ketua pengarang TRS, Mohd Farhan.

Menjawab aduan mengenai kandungan kontroversi laman web itu satu masa dulu, 'Farhan' berkata ia "telus dan bertanggungjawab", dan menafikan dakwaan bahawa Takagi dan suaminya, Yang Kaiheng, memegang jawatan di dalam TRS.

Malah setelah Takagi mengaku bersalah, warga Internet menarik perhatian bahawa seorang pengguna Internet bernama 'Farhan' juga menjadi penggerak di sebalik satu lagi laman web sosio-politik, All Singapore Stuff, yang meningkat naik tidak lama selepas TRS ditutup Mei tahun lalu.

Pos pertama di All Singapore Stuff pada Januari 2014 dibuat oleh 'Farhan'. Beberapa artikel, misalnya yang melaporkan kononnya mengenai rasa tidak puas hati antara kaum, juga ada kesamaan dengan yang disiarkan di TRS.

All Singapore Stuff, yang menerbitkan artikel menyokong Takagi dan Yang, juga mewujudkan sekurang-kurangnya dua halaman Facebook lain - Must Be Singapore dan Cool Singapore Bureau - sejak dua tahun lalu untuk menyebarkan kandungannya.

Pos 'Farhan' turut diterbitkan oleh satu lagi laman web - Kaki News Network - yang diturunkan awal tahun ini selepas aduan mengenai pelanggaran hak cipta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >