SEORANG bekas guru ngaji, yang mengadakan kelas mengaji di flatnya, mencium seorang anak murid berusia lapan tahun di bibirnya.
Lelaki berusia 66 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti kanak-kanak itu, kemudian menghalang murid itu daripada memberitahu sesiapa tentang kejadian itu, lapor The Straits Times.