Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas isteri suspek penetap keputusan perlawanan bola sepak dituduh bohong CPIB

Jan 15, 2016 | 05:03 PM



BEKAS isteri lelaki yang didakwa menjadi penetap keputusan perlawanan bola sepak, Dan Tan Seet Eng, muncul di mahkamah pada Jumaat (15 Jan) untuk menjawab tuduhan memberi maklumat palsu kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).


Guan Enmei, 40 tahun, menafikan pertuduhan itu.


"Saya tidak memberi maklumat palsu," katanya.


Warga Singapura itu, yang didakwa pada Mei lalu, dituduh sengaja memberi maklumat palsu kepada penyiasat kanan khas biro itu dengan menyatakan dalam satu temu bual pada 6 Jun 2013, bahawa dia meninggalkan rumahnya dengan membawa hanya beg tangannya.


Guan didakwa menafikan bahawa dia membawa sebuah beg kertas mengandungi dua komputer riba apabila dia meninggalkan rumahnya, padahal dia tahu itu tidak benar.


Guan, yang tidak diwakili peguam, memberitahu Hakim Daerah Chay Yuen Fatt beliau mahu kes itu diselesaikan demi anaknya supaya dia boleh membawanya ke China untuk pendidikannya.


Encik Chay memberitahunya beliau tidak boleh menerima sesuatu pengakuan hanya untuk senang.


Beliau berkata pihak pendakwaan telah meminta hukuman penjara yang agak panjang.


Sambil menangis Guan berkata dia tidak memberi maklumat palsu.


Kesnya telah ditetapkan untuk persidangan sebelum perbicaraan pada 28 Januari. Dia dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.


Jika sabit kesalahan, Guan boleh dikenakan denda hingga $10,000 dan penjara hingga satu tahun.


Bekas suaminya, yang berumur 51 tahun, digambarkan oleh Interpol sebagai "ketua sindiket penetap keputusan perlawanan yang paling terkenal di dunia".


Dia ditahan di bawah Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara) sejak September 2013 dan dibebaskan pada November lalu oleh mahkamah tertinggi di Singapura tetapi ditangkap semula enam hari kemudian pada 1 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >