Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas jururawat TTSH diseret ke mahkamah

Apr 07, 2015 | 05:27 PM



JURURAWAT yang membuat komen antiSingapura di Facebook hingga menimbulkan kemarahan ramai awal tahun ini telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut dan memberi kenyataan palsu kepada polis.


Warga Filipina, Ed Mundsel Bello Ello, telah dipecat dari Hospital Tan Tock Seng (TTSH).


Dia kini menghadapi dua tuduhan mengeluarkan komen berbaur hasutan di akaun Facebook miliknya dan tiga tuduhan berbohong kepada pihak polis.


Lelaki berusia 28 tahun itu berkata, warga Singapura "orang yang kalah" dan bersumpah untuk "menghalau" mereka dari negara ini dan berdoa agar "bencana" menimpa Singapura dan dia akan meraikannya.


Dia mengakhiri komennya itu dengan berkata "Pinoy better and stronger than Stinkaporeans" (Warga Filipina adalah lebih baik dan lebih kuat berbanding warga Singapura yang berbau busuk) dalam kenyataan yang dimuatnaikkan pada 2 Januari lalu.


Dia juga didakwa mengemukakan satu lagi komen pada petang yang sama bahawa dia akan "tendang keluar seluruh rakyat Singapura dan SG (Singapura) akan menjadi satu negara Filipina yang baru".


Tuduhan-tuduhan yang dihadapi, di bawah Akta Hasutan, menunjukkan penyiaran komen sedemikian boleh menimbulkan rasa kurang senang dan permusuhan antara rakyat Singapura dan warga Filipina di Singapura.


Ello telah dituduh membohongi polis di Pos Kejiranan Polis Chong Pang pada hari berikutnya di mana dia mendakwa tidak mengepos sebarang komen di Facebooknya.


Ello, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah bahawa dia akan mendapatkan khidmat guaman.


Dia telah ditawarkan ikat jamin $10,000 dan pasportnya telah ditahan.


Satu sidang praperbicaraan akan diadakan pada 21 April ini.


JIka sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga $5,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun bagi setiap tuduhan menghasut.


Bagi tuduhan membohongi polis pula, dia boleh dipenjara sehingga setahun dan/atau didenda $5,000 bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >