Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas kerani Polis Trafik dipenjara, denda

Jul 27, 2016 | 05:28 PM



SEORANG wanita, Khatijah A. Manap, hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan diperintah membayar denda sebanyak $2,500 kerana melakukan rasuah dan kesalahan lain di bawah Akta Rahsia Rasmi.



Dalam kenyataannya kepada pihak media, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan, siasatan yang dilakukan mendapati Khatijah telah melakukan tumbuk rusuk dan menerima wang berjumlah $2,500 dari seorang bernama, Gulzar Raja Singh Sandhu, sebagai ganjaran kerana mendedahkan butiran mangsa kemalangan lalulintas.



Khatijah, 60 tahun, telah mengaku salah atas 5 pertuduhan pada 7 Jun lalu, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana berhubungan tanpa kebenaran, memberi maklumat yang didapatkan menerusi kedudukannya sebagai kerani di Jabatan Siasatan Trafik Polis.



Ini selain tiga pertuduhan menerima suapan di Akta Pencegahan Rasuah (PCA).



Sebanyak 18 pertuduhan di bawah OSA dan 5 pertuduhan di bawah PCA telah diambil dalam pertimbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >