Bekas ketua protokol MFA cadang mengaku salah buat tuntutan palsu

BEKAS ketua protokol Kementerian Ehwal Luar (MFA), bercadang mengaku bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Lim Cheng Hoe, 60 tahun, yang menghadapi 60 tuduhan menipu kementerian itu hampir $89,000, memberi bayangan menerusi peguamnya bahawa dia akan mengaku bersalah semasa sidang praperbicaraan yang berlangsung hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Kelvin Kow, memberitahu pihak media selepas kes itu didengar, satu sebutan - untuk Lim mengaku bersalah - telah ditetapkan pada 17 Februari ini.

Perincian tentang tawaran pihak pendakwa dijangka akan dikemukakan semasa sidang praperbicaraan yang akan diadakan 29 Januari ini.

Lim, yang diwakili Encik Philip Fong dan Encik Nicklaus Tan dari firma guaman Harry Elias Partnership, didakwa mengemukakan tuntutan palsu bagi kuih tart nanas dan arak antara Februari 2008 hingga Mei 2012.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.