Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas naib pengetua pusat penjagaan kanak-kanak didenda kerana pecah amanah

Feb 05, 2016 | 03:27 PM



SEORANG bekas naib pengetua pusat penjagaan kanak-kanak yang menyalahgunakan $9,664, didenda $10,000 hari ini, Jumaat.


Nuruljannah Ahmad, 28 tahun, mengaku bersalah melakukan pecah amanah membabitkan wang yang diterima dari pelanggan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Kinderland di Politeknik Republic antara Januari dengan Mei 2014.


Mahkamah diberitahu pusat penjagaan kanak-kanak itu mempunyai prosedur memasukkan yuran pendaftaran, yuran sekolah dan bayaran lawatan lapangan ke dalam bank pada hari pembayaran diterima.


Jika wang itu diterima selepas waktu perbankan, Nuruljannah diberi tanggungjawab sebagai naib pengetua untuk menjaganya dan memasukkannya ke dalam akaun bank syarikat pada hari perniagaan berikutnya.


Siasatan menunjukkan antara Januari dengan Mei 2014, tertuduh diamanahkan dengan wang tunai sebanyak $9,664.


Namun, daripada menjaganya, Nuruljannah telah menggunakannya untuk perbelanjaan peribadi.


Laporan polis dibuat oleh pengetua kelompok Kinderland Educare Services pada 20 Jun.


Bagaimanapun, Nuruljannah telah pun memulangkan semula sebahagian wang yang digelapkan itu - $1,500 hari ini manakala bakinya akan dikembalikan secara ansuran dalam tempoh sembilan bulan.


Hukuman maksimum bagi kesalahan itu adalah penjara tujuh tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >