Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai bank dijel 8 minggu sebab cabul kehormatan wanita

Oct 27, 2016 | 01:49 PM



SEORANG bekas pegawai perdagangan bank yang mengambil video dalam skirt wanita dihukum penjara lapan minggu pada Khamis (27 Okt).



Oi Seng Wee, 29 tahun, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, sementara tujuh tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Sebuah mahkamah mendengar bahawa Oi berada di kawasan kaunter sambut tetamu bank itu pada 21 Julai 2015 apabila dia mengeluarkan telefon bimbitnya.



Dia kemudian meletak telefon itu di bawah pakaian rakannya untuk mengambil video bahagian dalam paha beliau. Oi dirakam melakukan perbuatan itu oleh televisyen litar tertutup bank tersebut.



Dia ditangkap sebentar kemudian dan telefon bimbitnya dirampas dan dihantar ke Cawangan Forensik Jenayah Teknologi untuk analisis.



Beberapa imej dan video mencurigakan ditemui dalam telefonnya.



Siasatan menunjukkan pada 13 April tahun itu, Oi mengambil empat imej bahagian dalam paha wanita di suatu tempat di Singapura dan 10 imej paha dan seluar dalam wanita lain yang tidak diketahui di sebuah pejabat.



Oi, yang kini menganggur, juga mengambil video dalam skirt seorang wanita tidak diketahui pada 19 Mei tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >