SEORANG bekas Leftenan-Kolonel Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan mengganggu seorang wanita pada Ogos tahun lalu.
Goh Wee Hong, 39 tahun, yang masih bertugas dengan SCDF ketika itu, dikatakan mengganggu wanita tersebut dengan menghantar mesej teks di mana dia cuba membuat pendekatan secara seksual terhadap mangsa yang berusia 28 tahun itu antara 27 dan 30 Ogos tahun lalu.