Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai polis dituduh pecah amanah, halang proses keadilan

Dec 24, 2015 | 11:57 AM



SEORANG bekas pegawai penyiasat kanan Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) polis didakwa pada Khamis (24 Dis) melakukan pecah amanah dan menghalang proses keadilan.


Yeo Lwee Siong, 41 tahun, dituduh menggelapkan $4,700 dalam bentuk wang untuk dipulangkan (restitusi) antara Oktober 2011 dan Februari 2012.


Wang itu milik para mangsa kes penipuan insurans yang dia sedang siasat.


Yeo juga dikatakan menyoyakkan kenyataan polis dan borang pengakuan berkaitan wang tersebut, yang diserahkan kepadanya.


Satu persidangan sebelum perbicaraan telah ditetapkan pada 21 Januari


Yeo diberi ikat jamin $15,000.


Dia meletak jawatan daripada Pasukan Polis Singapura pada 2012.


Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata: "Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap jenayah dan pegawai penguatkuasaan undang-undang dikehendaki mengekalkan tahap kejujuran dan disiplin tinggi."


Pihak berkuasa, katanya, memandang serius perbuatan jenayah pegawai penguatkuasa undang-undang, dan akan mengambil tindakan segera terhadap pelaku.


Jika sabit kesalahan pecah amanah, Yeo menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau hingga 20 tahun dan denda.


Bagi tuduhan menghalang proses keadilan, jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan/atau denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >