Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas peguam yang diburu polis selama 15 tahun ditangkap, didakwa

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas peguam warga Singapura yang melarikan diri daripada undang-undang selama 15 tahun telah didakwa dengan satu tuduhan pecah amanah di mahkamah semalam.



Menurut kenyataan polis, David Khong, 55 tahun, pulang ke Singapura kelmarin dan ditangkap pegawai polis daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) pada hari yang sama, dengan kerjasama dan bantuan rakan sejawat mereka di China.



Tambahnya, Khong sebelum ini berkhidmat sebagai peguam dan merupakan pemilik tunggal firma David Khong & Associates.



Dakwaan bahawa dia telah menggelapkan duit kliennya timbul sejurus selepas dia meninggalkan Singapura pada Ogos 2007, kata polis.



Menyusuli itu, Waran Penangkapan dan Notis Merah Interpol telah dikeluarkan terhadapnya berhubung siasatan yang dijalankan.



Menurut polis, Khong didakwa menggelapkan sejumlah $88,000 milik kliennya, yang telah diamanahkan kepadanya sebagai peguam.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara seumur hidup atau dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.



Siasatan lanjut masih dijalankan.



Pengarah CAD, Encik David Chew, berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil segala langkah yang diperlukan dan dibenarkan di bawah undang-undang Singapura untuk mencari dan membawa mereka yang melakukan jenayah di Singapura ke pengadilan, tidak kira bila jenayah itu dilakukan atau ke mana mereka telah larikan diri.



"Kami akan terus bekerja rapat dengan rakan kerja penguatkuasaan undang-undang di luar negara untuk membawa penjenayah ke keadilan



"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kami bagi bantuan yang ditawarkan Kementerian Keselamatan Awam China dalam hal ini," ujar Encik Chew.



Sebelum ini, Waran Penangkapan dan Notis Merah Interpol juga telah dikeluarkan terhadap sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam penipuan perniagaan barangan mewah berjumlah $32 juta.



Pi Jiapeng, seorang warga Singapura, dan isterinya, Pansuk Siriwipa, seorang warga Thailand, telah meninggalkan Singapura pada 4 Julai dengan menyembunyikan diri dalam kontena sebuah lori.



Mereka kemudian ditangkap semasa hendak mendaftar masuk ke Hotel BookMe di Johor Bahru pada 11 Ogos lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >