Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pelajar maktab Meridian koma akibat nahas trafik

ERVINA MOHD JAMIL
Feb 27, 2014 | 05:44 PM



SEORANG remaja yang bakal menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'A' Isnin ini kini koma selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Loyang Way kelmarin.


Bekas pelajar Maktab Rendah Meridian, Mustaqim Mohamed, 19 tahun, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sekarang terlantar bertarung nyawa di Hospital Besar Changi (CGH).


Jurucakap polis mengesahkan kemalangan sekitar 3.30 petang itu yang berlaku di Loyang Way menghala ke Loyang Avenue.


Ketika ditemui di CGH tadi, abang mangsa, Encik Mahathir Mohamed, berkata keluarganya berharap saksi nahas itu tampil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.


Ini kerana sehingga kini keluarganya tidak pasti apa yang berlaku dan siapa yang melanggar adiknya.


Mustaqim dikatakan cedera di kepalanya dan terdapat darah beku pada otaknya.


Menurut Encik Mahathir, bahu dan tulang pinggang adiknya juga patah akibat nahas tersebut.


Polis sedang menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >