Bekas pemain badminton bebas dari tuduhan mencuri berlian dari bekas isteri Sultan Brunei

SEBUAH juri di London semalam membebaskan dari tuduhan warga Singapura, Fatimah Kumin Lim, daripada dakwaan beliau mencuri batu berlian bernilai jutaan dolar milik bekas isteri Sultan Brunei.

Juri tersebut mencapai keputusannya selepas satu perbicaraan selama beberapa hari di Mahkamah Diraja Isleworth.

Cik Lim, 35 tahun dan bekas pemain badminton nasional, telah menolak dakwaan tersebut dan menentang kes itu dengan mendapatkan peguam dari bantuan guaman.

Beliau telah dituduh mencuri barang kemas milik Cik Mariam Aziz dan telah menukarkannya dengan yang palsu.

Barang kemas yang dicuri termasuk sebuah batu berlian 12.71 karat berwarna biru dan berbentuk sfera bernilai 7.7 juta pound ($16 juta), sebuah berlian 27.1 karat berwarna kuning dan berbentuk segi empat tepat bernilai 600,000 pound dan gelang berlian bernilai 3.3 juta pound.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.