Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemandu pelancong disiasat MOM

Oct 02, 2014 | 04:40 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat seorang bekas pemandu pelancong China yang terlibat dalam perebutan harta yang dimiliki seorang janda kaya.


Menurut kenyataan MOM hari ini, mereka sedang menjalankan siasatan ke atas Encik Yang Yin tetapi enggan memberikan butir-butir lanjut.


Siasatan MOM dijalankan menyusuli siasatan berterusan Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).


Langkah MOM itu merupakan perkembangan terkini berkaitan kes perebutan aset bernilai $40 juta melibatkan Encik Yang, 40 tahun, dan seorang janda, Cik Chung Khin Chun, 87 tahun.


Mereka berjumpa pada 2008 apabila Encik Yang bertindak sebagai pemandu pelancong peribadinya semasa beliau bercuti di Beijing.


Setahun kemudian, pada 2009, Encik Yang datang ke Singapura menggunakan pas kerja dan tinggal bersama Cik Chung.


Pada 2012, beliau diberikan kuasa berkekalan oleh peguam dan mempunyai sepenuh kuasa ke atas aset yang dimiliki janda itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >