Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah IT dituduh ambil rasuah $238,000 daripada wanita, yang juga didakwa

Sep 08, 2016 | 02:43 PM



SEORANG bekas pengarah IT sebuah syarikat logistik didakwa pada Khamis (8 Sep) menerima rasuah dan cuba mendapatkan rasuah lebih $200,000 setiap satu daripada seorang ahli perniagaan.



Leong Chee Shian, 46 tahun, bekerja bersama Schenker (Asia Pacific) apabila dia dikatakan menerima rasuah $238,243 daripada Chuah Hooi Fong, seorang pengarah Asia Management Link dan AML Managed Services, sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaan dua syarikat itu dengan Schenker.



Enam kesalahan yang didakwa itu berlaku antara 2 Jun 2008 dan 25 Ogos 2011.



Leong juga dituduh cuba mendapatkan rasuah $246,046 daripada Chuah antara 16 Disember 2011 dan 15 Oktober 2012.



Chuah, seorang wanita warga Malaysia berumur 54, turut didakwa di mahkamah dengan enam pertuduhan memberi rasuah dan tiga tuduhan cuba merasuah Leong.



Leong juga menghadapi 17 tuduhan bersubahat dengan seorang bermana Leong Chee How untuk memalsukan invois dan/atau baucar milik 361 Degree Consultancy, 361 Degree Management dan 361 Degree Communication bagi perkhidmatan perundingan, sedangkan tiada perkhidmatan disediakan atau diterima oleh syarikat-syarikat tersebut.



Leong Chee How pengarah ketiga-tiga syarikat itu menurut dokumen mahkamah.



Leong Chee Shian juga dituduh menukar manfaat daripada perlakuan jenayah berjumlah $164,440 kepada cengkeram bagi sebuah kereta dan sebuah unit kondominium di Geylang.



Kedua-dua tertuduh diwakili peguam. Pasport mereka telah dirampas. Ikat jamin mereka telah dilanjutkan dan kes seterus mereka ialah pada 29 Sep.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata Singapura mengamalkan pendekatan tidak tertolak ansur mengenai rasuah dan sembarang kegiatan jenayah.



Biro itu berkata ia memandang serius sembarang amalan rasuah dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan tersebut.



Hukuman maksimum bagi rasuah ialah denda $100,000 dan penjara lima tahun.



Jika sabit kesalahan memalsukan dokumen, Leong boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan/atau denda.



Hukuman maksimum di bawah Akta Rasuah, Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Manfaat) ialah denda $500,000 dan penjara 10 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >