Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah RWS didakwa terima rasuah, juruukur dituduh bersubahat

Sep 23, 2015 | 02:53 PM



SEORANG bekas pengarah Resorts World Sentosa (RWS) didakwa pada Rabu (23 Sep) menerima rasuah berjumlah $317,000, manakala seorang juruukur bahan bebas didakwa bersubahat dengannya.


Soh Yew Meng, 36 tahun, menghadapi empat tuduhan menerima rasuah daripada tiga kontraktor dan tiga tuduhan cuba mendapatkan rasuah daripada dua yang lain.


Juruukur bahan bebas Tan Siow Hui, 32 tahun, dikenakan tiga pertuduhan bersubahat dengan Soh menerima rasuah dan cuba mendapatkan jumlah rasuah yang tidak ditentukan.


Kedua-duanya menuntut dibicarakan. Satu persidangan sebelum perbicaraan akan diadakan pada 23 Oktober.k


Mahkamah diberitahu bahawa agensi antirasuah telah mendapatkan semula $170,000.


Hukuman maksimum bagi rasuah ialah denda $100,000 dan penjara lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >