SEORANG bekas pengetua sekolah diheret ke mahkamah oleh Biro Amalan Siasatan Rasuah (CPIB) semalam bagi tuduhan memberi maklumat palsu mengenai satu dakwaan hubungan sulit.
Steven Koh Yong Chiah, 59 tahun, dikenakan satu tuduhan sengaja memberi maklumat palsu kepada pegawai awam, dan satu tuduhan memberi maklumat palsu kepada penyiasat CPIB semasa satu siasatan berkenaan rasuah.