Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengetua yang bohong tentang hubungan sulit dibuang kerja

Sep 20, 2016 | 11:00 AM



SEORANG bekas pengetua Sekolah Tinggi River Valley (RVHS), yang dipenjara empat minggu pada Januari kerana berbohong tentang hubungan sulitnya dengan vendor sekolah yang beliau anugerahkan kontrak, telah dipecat daripada perkhidmatan awam.



Koh Yong Chiah, yang berumur 61 semasa dihukum penjara, pernah menjadi salah seorang "pengetua hebat" Singapura.



Notis yang disiarkan pada Isnin (19 Sep) dalam edisi dalam talian Warta Pemerintah berkata Koh, seorang Pegawai Pendidikan Kanan Tingkatan Tertinggi G, dibuang kerja daripada perkhidmatan awam berkuat kuasa 14 Sep.



Pada 24 Nov 2005, bapa dua anak itu memberi maklumat palsu kepada seorang pegawai Kementerian Pendidikan (MOE), menegaskan beliau tidak mempunyai hubungan sulit dengan pembekal khidmat sekolah Ivy Loke Wai Lin.



Koh ketika itu pengetua Maktab Rendah Jurong (JJC), jawatan yang dipegang dari 2003 sehingga 2009, apabila beliau menjadi pengetua RVHS.



Koh dan Cik Loke, 55 tahun, bertemu pada 2000 ketika beliau menjadi pengetua Sekolah Tinggi Cina (CHS). Hubungan seksual pertama mereka ialah semasa CHS membuat lawatan khidmat masyarakat ke Lijiang, China, pada 2001.



Kedua-dua mereka sudah berkahwin.



Antara Mei dan November 2005, sebagai pihak berkuasa terakhir yang meluluskan kontrak bagi JJC, Koh memberi enam kontrak bernilai $162,491 kepada firma Cik Loke, Education Architects 21 (EA 21).



Beliau tidak mendedahkan sifat hubungannya dengan Cik Loke kepada panel kelulusan sebut harga.



Antara 2005 dan 2012, Koh meluluskan bernilai kontrak $3,400,000 kepada EA 21 dan Education Incorporation, sebuah lagi firma Cik Loke.



Apabila Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mula menyiasat Koh pada 2012, dia ditugaskan semula ke MOE bagi membantu dalam pembangunan kurikulum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >