BEKAS pengurus Tegar Septian, Arif Dollah, telah ditangkap menyusuli dakwaan penderaan seksual.
Jurucakap polis mengesahkan dua laporan dibuat dan seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap sementara siasatan sedang dijalankan pada sekitar tiga petang ini.
Arif didakwa telah mendera secara seksual penyanyi remaja Indonesia, Tegar.
Baru-baru ini, Tegar dilaporkan membuat aduan itu kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) menurut satu portal hiburan Indonesia, Kapan Lagi.
Sementara itu, di Singapura, penyanyi Sufie Rashid telah membuat laporan polis mendakwa bahawa beliau didera secara seksual oleh Arif sekitar 12 tahun lalu.
Jurucakap polis mengesahkan laporan itu dibuat pada 25 Februari lalu dan siasatan sedang dijalankan.