Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas pensyarah ITE didakwa kerana cabul

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas pensyarah Institut Pendidikan Teknikal (ITE) didakwa di mahkamah kelmarin atas kesalahan mencabul kehormatan beberapa wanita di kampus pada 2019.



Darren Quek Sze-Wen, yang kini berusia 47 tahun, menghadapi enam tuduhan - lima kerana mencabul kehormatan wanita dan satu kerana cuba melakukan kesalahan itu, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Warga Singapura itu didakwa melakukan kesalahan itu di ITE Kolej East di Simei.



Butiran mengenai mangsa-mangsa tidak didedahkan di dalam dokumen mahkamah.



Quek dipercayai mula melakukan kesalahan berkenaan pada 5 Jun 2019.



Dia didakwa menggunakan telefon bimbit untuk merakam video bahagian betis seorang wanita di kafeteria kampus itu pada sekitar 10 pagi.



Pada 15 Julai pula, dia didakwa merakam lagi tiga video serupa dalam beberapa kejadian secara berasingan di kolej itu.



Dua minggu kemudian, Quek didakwa seorang pengunjung wanita di kampus itu yang tidak dikenali sebagai sasaran.



Pada 25 Oktober 2019, dia berada di bilik di Kolej East ITE itu yang mana dia dipercayai telah cuba menggunakan satu telefon bimbit untuk merakam video bahagian betis seorang wanita.



Kesnya ditangguhkan pada 19 Julai nanti, lapor ST.



Bagi setiap tuduhan kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita, pesalah itu boleh dijel sehingga setahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >