Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas polis Cisco didapati salah lepaskan tembakan

Jan 24, 2017 | 03:22 PM



SEORANG bekas koperal Certis Cisco, Gregory Lai Kar Jun, 23 tahun, didapati salah berlaku gopoh melepaskan tembakan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 13 Ogos 2015.



Selepas perbicaraan tiga hari, Hakim Mahkamah Daerah Hamidah Ibrahim juga mendapati dia bersalah pada Selasa (24 Jan) atas dua tuduhan lain - sengaja menghalang proses keadilan dengan menyembunyikan peluru yang dilepaskan dalam tetongkat trafik dan berbohong kepada polis mengenai kejadian itu pada hari berikutnya.



Sambil menegaskan bahawa revolver berisi peluru betul bukan satu barang mainan, beliau berkata: "Tertuduh langsung tiada alasan, tanpa sebarang ancaman, untuk mengeluarkan pistol daripada sarung, meletakkan peluru, meletakkan jari pada picu dan melepaskan dua tembakan."



Hakim Hamidah berkata kawan sekerja Lai ketika itu, Muhammad Dzul Adhar Azmi, juga seorang koperal Certis Cisco, berada kira-kira satu meter daripadanya semasa dia melepaskan tembakan.



"Perlu ditekankan bahawa ia adalah sebuah bilik kecil yang sangat terhad, berukuran 2.7 meter dengan 1.7 meter dan peluru boleh melantun ke mana-mana sahaja di dalam bilik.



"Dia mesti sedar bahawa memicit picu pistol berisi peluru dengan ada orang lain dalam jarak yang sangat dekat adalah satu perbuatan sangat berisiko yang boleh membahayakan nyawa manusia," kata beliau.



Mereka bertugas di pusat pemeriksaan pada 13 Ogos 2015 apabila Lai, kini seorang pemandu GrabCar, memutuskan bermain-main dengan pistolnya sekitar 2 petang.



Dia masukkan peluru ke pistol tetapi tiada apa berlaku kali pertama dia memicit picu.



Tetapi tembakan terlepas apabila dia memicit picu itu sekali lagi.



Mereka mencari peluru yang dilepaskan itu dan Lai menjumpai sebahagian daripadanya di bawah meja kira-kira sejam kemudian.



Dia menyembunyikannya di dalam petak bateri tetongkat trafik.



Dzul, kini 22 tahun, mengambil baki peluru itu dan membuangnya di Bedok Reservoir sekitar 2 pagi hari berikutnya.



Dzul dipenjara tiga minggu dan denda $2,000 pada 21 Okt tahun lepas, selepas mengaku bersalah sengaja menghalang proses keadilan dan gagal memberi maklumat kepada polis mengenai perbuatan itu gopoh Lai.



Kes Lai ditangguhkan hingga 9 Feb. Peguamnya, Encik Peter Ong Lip Cheng, akan mengemukakan rayuannya.



Dia kini bebas dengan ikat jamin $15,000.



Hukuman bagi kesalahan sengaja menghalang proses keadilan ialah penjara sehingga tujuh tahun dan denda.



Hukuman maksimum berlaku gopoh ialah penjara enam bulan dan denda $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >