Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas presiden NTUC Phey Yew Kok dipenjara 60 bulan

Jan 22, 2016 | 03:21 PM



BEKAS penngerusi  Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen (AP), Phey Yew Kok, 81 tahun, dihukum penjara 60 bulan pada Jumaat (22 Jan).

Phey mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan,   iaitu   10  pecah amanah, satu tuduhan bersubahat dalam pemalsuan bukti palsu kepada penjawat awam dan satu pertuduhan gagal hadir ke mahkamah apabila diarah oleh pegawai kehakiman.

Baki 22 tuduhan  diambil kira apabila hukuman dijatuhkan.

Hukuman penjara itu  dikebelakangan hingga 23 Jun tahun lepas, tarikh dia ditahan.

Phey berasa “malu dan bersalah”  berhubung  apa yang telah dilakukannya, kata peguamnya, Peguam Kanan Chelva Rajah.

 Tindakannya mengecewakan  pergerakan kesatuan, yang dia sepenuh hati komited,   kata SC Rajah.

Phey “menderita   kesusahan  besar” semasa 35 tahun melarikan diri, ujar   SC Rajah. Pekerjaan terakhirnya ialah penjaga di sebuah gudang. Dia kesal melarikan   diri dan menyedari sekarang bahawa dia seharusnya kekal di sini dan menghadapi akibat kesilapannya.

Phey, dengan rambut memutih, muncul di mahkamah sendirian memakai kemeja-T putih dan seluar khaki.

Wajah bapa tiga anak itu serius dan dia berdiri kaku, menggeletar sedikit, apabila pertuduhan dibacakan kepadanya.

Selepas melarikan diri lebih 30 tahun, Phey tanpa disangka menyerah diri di Kedutaan Singapura di Bangkok pada 22 Jun tahun lepas. Dia dibawa balik ke Singapura esoknya.

Phey menghadapi 34 tuduhan melibatkan lebih $450,000, hampir lima kali ganda dana kesatuan sebanyak $100,000 yang dia didakwa selewengkan pada asalnya pada 1979.

Pada Julai lalu, Phey muncul di mahkamah melalui pautan video untuk mendengar 28 tuduhan baru. Sebelum ini, dia dikenakan enam pertuduhan menyalah guna wang kesatuan pada Disember 1979.

Tuduhan baru melibatkan pecah amanah, bersubahat dalam pemalsuan bukti, bersubahat memberi maklumat palsu kepada seorang kakitangan awam, dan penyelewengan lebih $200,000 barangan pasar raya.

Phey didakwa mengambil wang daripada Persekutuan International Metalworkers dan Pusat Pendidikan Boon Teck, dan tuduhan baru termasuk melarikan diri ketika dalam ikat jamin $100,000.

Selepas pertama kali didakwa pada Disember 1979, Phey dijangka kembali ke mahkamah pada 7 Januari 1980. Tetapi pada malam Tahun Baru, dia menaiki kereta api ke Kuala Lumpur dan pergi ke Bangkok, mengelakkan percubaan mengesan dia.

Dengan meninggalkan Singapura, Phey menyebabkan dua orang yang meletak ikat jamin $100,000 baginya kehilangan $95,000.

Dia menyertai NTUC sebagai pegawai perhubungan industri pada 1964, dan dilantik sebagai presiden NTUC hanya enam tahun kemudian, pada usia 35.

Phey dipilih menjadi AP Boon Teck pada 1972.

Bagaimanapun tidak lama selepas menjadi pengerusi NTUC, dia disiasat. Pada akhir 1979, dia menghadapi tuduhan melibatkan pecah amanah, termasuk menyalah guna dua cek, bernilai $40,000 dan $25,000, pada 1975 ketika menjadi setiausaha agung Pertubuhan Buruh Perusahaan Singapura (Silo).

Phey ditahan reman sejak kembali ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >