Bekas profesor undang-undang dibebaskan dari tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi

BEKAS profesor undang-undang, Encik Tey Tsun Hang, yang didakwa menerima habuan seks dan hadiah daripada salah seorang pelajarnya, telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi.

Namun, meskipun beliau telah dibebaskan daripada kesalahan jenayah, Hakim Woo Bih Li memberi kenyataan keras terhadap bekas profesor Universiti Nasional Singapura (NUS) itu bahawa beliau adalah "lelaki yang tidak mempunyai maruah".

Encik Tey, 42 tahun, tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

Beliau memilih untuk menjalani hukuman penjara lima bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Daerah, yang mendapati beliau bersalah Jun tahun lalu.

Beliau telah pun dibebaskan dari penjara.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.