Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belajar guna bahan sihat dalam masakan

Mar 03, 2018 | 05:47 PM



PELBAGAI tip memasak hidangan yang sihat dikongsi cef selebriti setempat, Cef Bob, dalam ceramah kesihatan ''Awak OK?' Jom Bual-Bual Kesihatan' pagi tadi (3 Mac).



Antara lain, Cef Bob, yang nama sebenarnya Shahrizal Salleh, berkata garam tidak perlu digunakan dalam masakan yang menggunakan bahan seperti kicap dan sos tomato.



Beliau turut berkongsi cara memasak mi goreng dan sos keju versi sihat.



Pakar pemakanan Jurong Health Services, Cik Filzah Abdul Rahim, pula berkongsi nasihat dengan orang ramai tentang cara mengawal jumlah makanan bagi memastikan bilangan kalori yang diambil tidak melebihi apa yang diperlukan mereka.



Acara anjuran akhbar Berita Harian dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) itu berlangsung di Kampong Admiralty Plaza, dekat Stesen MRT Admiralty.



Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang menghadirinya selaku tetamu terhormat.



Acara tersebut turut disertai sekitar 250 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >