PAMERAN perkembangan seni silat sepanjang 50 tahun lalu dan persembahan tarian tradisional serta dikir barat oleh pelajar antara pelbagai sajian semasa pelancaran Bulan Bahasa 2015 di Gardens by the Bay bulan depan.
Melalui pameran Evolusi Pencak Silat anjuran Persekutuan Silat Singapura (Persisi) itu, pengunjung dapat belajar sejarah dan evolusi pengajaran dan pembelajaran pencak silat sejak Singapura merdeka.