Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanja $51, menang $1 juta

Jan 16, 2017 | 08:57 AM



DALAM lawatan sulungnya ke Singapura Oktober lalu, Encik Ade Iskandar Roni membeli baju-T Adidas berharga $51 sebagai hadiah untuk kawan baiknya.



Ia ternyata membawa tuah apabila pembelian itu membolehkan beliau menang $1 juta.



Mr Ade, dari Jakarta Selatan, dinobatkan sebagai jutawan baru Changi pada Ahad (15 Jan).



Beliau menewaskan tujuh finalis lain dalam tiga pusingan permainan - termasuk mengambil bagasi secara rawak dan meletakkannya pada mesin pengimbas untuk melihat jika barangan terisi betul.



"Saya amat gembira dan gementar, seluruh badan saya menggeletar. Saya tidak percaya," kata Encik Ade, 39 tahun.



"Saya mahu membawa seluruh ahli keluarga saya ke Makkah, mungkin membeli sebuah rumah baru, kereta baru," katanya.



Encik Ade, bapa lima anak, bercadang membawa keluarga besarnya, seramai 30 hingga 40 orang, ke tanah suci.



Tujuh finalis lain - dari India, Australia, Amiriah Arab Bersatu, Malaysia, Indonesia dan Singapura - masing-masing mendapat $5,000.



Ini adalah cabutan sejuta dolar yang ketujuh sejak ia dilancarkan pada 2010 untuk menggalakkan penjualan runcit di lapangan terbang. Terdapat 1.2 juta penyertaan daripada 225 negara antara Mei dengan Oktober tahun lalu.



Untuk layak bagi cabutan itu, peserta perlu berbelanja atau menjamu selera di Lapangan Terbang Changi minimum $50 dalam satu resit.



Changi Airport Group mengumumkan ia meraih penjualan sebanyak $2.3 bilion tahun lepas - meningkat 5 peratus berbanding 2015 sebanyak $2.2 bilion.



Ia menyaksikan lebih 50 juta urus niaga pada tahun lepas, dengan pembeli Cina membentuk 30 peratus daripada jualan, diikuti rakyat Singapura sebanyak 20 peratus. Pembeli lain termasuk dari Indonesia, India dan Australia.



Minyak wangi dan kosmetik, minuman keras dan tembakau adalah dua kategori produk paling popular di Lapangan Terbang Changi, diikuti barangan mewah.



Bagi Encik Ade, baju-T Adidas menjadi pembelian terbaiknya setakat ini.



"Saya masih tidak dapat bayangkan nilai $1 juta di Indonesia," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >