Belanjawan 2015: Skim bonus PIC bagi SME tidak akan dilanjut selepas tahun ini

PEMERINTAH telah mengumukan bahawa Skim Bonus Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) tidak akan dilanjutkan selepas tahun ini kerana langkah peralihan telah berjaya untuk menyebarkan budaya produktiviti di kalangan syarikat kecil dan sederhana (SME). 

Sebaliknya, pemerintah akan memperkenalkan langkah untuk menyokong inovasi dan penyejagatan, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam Kenyataan Belanjawan. 

Tahun lepas, Encik Tharman telah melanjutkan skim PIC utama selama tiga tahun sehingga 2018 dan memperkenalkan tahap sokongan yang lebih tinggi iaitu skim PIC+, untuk memberi manfaat kepada SME yang membuat pelaburan yang lebih ketara dalam produktiviti. 

Bonus PIC telah diperkenalkan bagi menggalak perniagaan untuk mengambil kesempatan daripada skim PIC utama yang dilancarkan pada tahun 2010 dan menawarkan potongan cukai yang dipertingkatkan atau pembayaran tunai pada aktiviti tertentu.

Skim Bonus PIC memberikan perniagaan bonus sepadan secara tunai bagi tahun taksiran 2013-2015, berdasarkan had keseluruhan sebanyak $15,000 bagi gabungan kesemua tiga YA. 

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.