Belanjawan 2015: Tiga langkah bantu syarikat menyejagat

PEMERINTAH akan mengumumkan tiga langkah bagi menyokong syarikat tempatan untuk menyejagat - salah satu strategi penting bagi membantu mereka mengembangkan keuntungan.

Pertama, pemerintah akan meningkatkan tahap sokongan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) bagi semua kegiatan di bawah skim geran 1E Singapore daripada 50 peratus kepada 70 peratus selama tempoh tiga tahun, ujar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, semasa membentangkan Belanjawan Negara.

Langkah ini, menurut beliau, akan memanfaatkan sekitar 700 projek.

Di samping itu, pemerintah juga akan mempertingkatkan Pengurangan Cukai Berganda bagi skim penyejagatannya yang kini meliputi gaji bagi warga Singapura yang dihantar bertugas di luar negara. Ini akan memberikan lebih banyak sokongan kepada syarikat yang mahu mengembangkan operasi ke luar negara dengan berkongsi risiko dan kos permulaan selain menciptakan pekerjaan bagi warga Singapura.

Langkah ketiga adalah insentif cukai baru, Skim Perkembangan Antarabangsa (IGS), yang menyediakan sokongan bagi memenuhi keperluan syarikat Singapura yang lebi besar dalam usaha penyejagatan mereka.

 

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.