Belanjawan 2016: Daerah Inovasi Jurong baru akan ditubuhkan, fasa pertama siap pada 2020

DAERAH Inovasi Jurong (JID) baru yang telah dirancang sebagai kawasan perindustrian masa depan, akan dibina sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk menggalakkan inovasi yang lebih.

Fasa pertama pembinaan tersebut, yang akan ditubuhkan di Jurong West, dijangka siap pada sekitar 2020.

Kawasan perindustrian Singapura yang terdahulu telah dibangunkan untuk industri-industri tertentu dan memberi tumpuan pada pengeluaran, kata Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawan tadi.

Namun kini, beliau berkata bahawa penyelidikan, inovasi dan pengeluaran berkait rapat.

Daerah tersebut akan menyatukan penyelidik, pelajat, pencipta, dan perniagaan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan masa depan.

Ia juga akan mewujudkan persekitaran untuk menempatkan aktiviti-aktiviti yang berbeza dalam satu daerah industri.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.