Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2016: Kenaikan kadar levi pekerja asing sektor marin ditangguh

Mar 24, 2016 | 04:14 PM



KENAIKAN kadar levi bagi pekerja asing akan ditangguh selama setahun dalam sektor marin dan proses memandangkan sekitaran mencabar dan pengurangan pemegang Permit Kerja dalam sektor itu.



Kadar levi juga akan dikekalkan untuk lagi selama setahun dalam sektor pengeluaran, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa membentangkan Belanjawan di Parlimen hari ini, Khamis.



Namun, pemerintah akan meneruskan langkah untuk menaikkan kadar levi dalam sektor perkhidmatan dan binaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2015.



Dalam sektor binaan, kadar levi bagi pekerja Tingkat Asas R2 akan dinaikkan daripada $550 kepada $650 mulai 1 Julai ini, dan kepada $700 mulai Julai tahun depan.



Bagi sektor perkhidmatan, kadar levi bagi pekerja R2 akan dinaikkan daripada $300 kepada $450 bagi tingkat asas, $400 kepada $600 bagi Tingkat 2 dan $600 kepada $800 bagi Tingkat 3.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >