Belanjawan 2016: Lebih banyak bantuan untuk keluarga yang mempunyai anak

KEMENTERIAN Kewangan akan memperkenalkan sebuah skim perintis bernilai lebih $20 juta bagi membantu sekitar 1,000 kanak-kanak yang ibu bapanya "memerlukan lebih banyak bantuan dalam memberi anak-anak mereka permulaan hidup lebih baik."

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata skim KidSTART ini akan membantu kanak-kanak dalam tempoh enam tahun pertama kehidupannya dari segi pembelajaran, pembangunan dan bantuan kesihatan.

Kementeriannya juga akan memperkenalkan geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Kanak-Kanak (CDA) untuk semua kanak-kanak warga Singapura.

Ibu bapa juga secara automatik akan menerima $3,000 dalam akaun CDA anak mereka yang boleh digunakan untuk keperluan penjagaan kesihatan.

"Bayi yang dilahirkan mulai hari ini layak memanfaatkan skim tersebut," kata Encik Heng.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.