Belanjawan 2016: Sekolah OBS kedua di Pulau Coney

PULAU Coney yang terletak dekat Punggol dan Pasir Ris akan mempunyai kampus baru Outward Bound Singapore (OBS) di bawah satu pelan induk bagi membangunkan golongan muda negara ini yang lebih berdaya tahan.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan rancangan itu semasa membentangkan Pelan Induk Pendidikan Lasak Luar Nasional dalam ucapan Belanjawannya di Parlimen, Khamis.

Encik Heng berkata, untuk berjaya para belia memerlukan sifat berani dan bersedia menghadapi cabaran dan memiliki daya tahan yang tinggi.

Untuk membantu para pelajar membangunkan sifat-sifat tersebut, pendidikan lasak luar darjah akan diluaskan.

Kampus baru OBS dijangka siap dalam tahun 2020 dan menelan belanja sekitar $250 juta untuk dibina.

Ia merupakan kampus OBS kedua selepas kampus pertama di Pulau Ubin yang seluas 9 hektar.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.