Belanjawan: Setiap warga perintis terima faedah purata $20 ribu sepanjang hayat

SETIAP warga perintis, secara purata bakal menerima faedah bernilai sekitar $20,000 setiap seorang sepanjang hayat di bawah Pakej Generasi Perintis yang diumumkan dalam Belanjawan 2014 Jumaat lalu.

Namun, pemerintah tidak memberikan faedah itu dalam bentuk 'angpow besar' atau satu bayaran sekali sahaja dalam bentuk tunai.

Sebaliknya, faedah tersebut dibahagikan tahun demi tahun sepanjang hayat mereka, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan.

Menurutnya, faedah $20,000 itu diraih berdasarkan pembahagian pakej $9 bilion dibahagikan kepada 450,000 warga perintis Singapura berusia 65 tahun ke atas tahun ini.

Encik Khaw berkata demikian ketika ditemui media di acara dialog Pos-Belanjawan di Kelab Masyarakat Fuchun pagi tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.