Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan Singapura 2018: Levi pembantu rumah asing bakal dinaikkan sebanyak $35 hingga $185 mulai April

Feb 19, 2018 | 05:14 PM



LEVI pembantu rumah asing bakal dinaikkan, dengan levi bulanan bagi pembantu rumah pertama yang diambil tanpa konsesi dinaikkan kepada $300 berbanding $265 buat masa kini. 



 Ini merupakan salah satu dariapda tiga perubahan yang diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam kenyataan belanjawan, yang disampaikan di parlimen petang tadi. 



Buat masa kini, 80 peratus daripada majikan warga Singapura membayar levi bulanan sebanyak $60 di bawah skim individu berusia, berbanding $265 sebulan. 



Golongan majikan tersebut layak menerima konsesi levi kerana mempunyai anggota keluarga yang berusia 65 tahun keatas. 



Kedua, levi bulanan bagi pembantu rumah kedua yang diambil tanpa konsesi levi akan dinaikkan kepada $450, dengan kenaikan sebanyak $185. 



Perubahan terakhir adalah untuk menaikkan usia kelayakan bagi konsesi levi di bawah skim individu berusia. 



Buat masa kini, usia kelayakan adalah 65 tahun. Ia akan dinaikkan kepada 67 tahun. 



Encik Heng berkata bahawa langkah tersebut adalah berdasarkan jangka usia warga Singapura yang lebih lama, serta tahap kesihatan dan jangkaan hidup yang bertambah baik. 



Langkah-langkah tersebut akan berkuatkuasa mula 1 April. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >