Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan Singapura 2018 - Pejabat Prasarana, skim bantu syarikat jalin kerjasama serantau lebih kukuh

Feb 19, 2018 | 04:42 PM



DENGAN tumpuan ekonomi global beralih kepada Asia, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mendedahkan dua langkah dalam Belanjawan petang ini untuk merancakkan lagi perniagaan Singapura demi membangunkan kerjasama kukuh, di kededua peringkat setempat dan luar negara.

Pemerintah akan menyepadukan pelbagai langkah sokongan kerjasama kepada satu skim dikenali sebagai Pact, yang akan menawarkan syarikat dengan pendanaan bersama sehingga 70 peratus bagi projek yang dikendalikan hasil kerjasama dengan syarikat lain.

Lebih banyak perincian mengenai skim ini yang akan diselaraskan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Enterprise Singapore akan didedahkan apabila Parlimen membahaskan rancangan perbelanjaan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)

Encik Heng juga menyentuh tentang kerjasama dalam pembangunan prasarana memandangkan pertumbuhan Asia akan meningkatkan permintaan prasarana.

Beliau menukil Inisiatif 'Belt and Road' China serta Koridor Pertumbuhan Jepun dan India Asia-Afrika.

Sejajar dengan ini, Menteri Heng turut mengumumkan penubuhan Pejabat Prasarana.

Ini akan menyatukan firma tempatan dan antarabangsa rentas rantai nilai (value chain) - termasuk pemaju prasarana, pelabur instituisi, pembekal khidmat profesional dan pengurusan - untuk membangunkan, membiayai dan menjalankan projek prasarana.

Pejabat Prasarana akan membolekan syarikat tempatan memanfaatkan peluang di rantau ini, kata Encik Heng.

Lebih banyak perincian mengenai agensi baru ini - yang akan dikendalikan Enterprise Singapore dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan diberikan semasa perbahasan MTI dan rancangan perbelanjaan Kementerian Undang-Undang

"Sedang rantau kita semakin berkembang, ada beberapa keperluan penting yang perlu ditangani - dalam prasarana, jagaan kesihatan dan pelbagai isu lain.

"Kita perlu membangunkan pemahaman baik terhadap keperluan ini agar kita mendapat huraian inovatif untuk menyumbang kepada pembangunan rantau ini," ujar Encik Heng lagi.

"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >