ENCIK Samsuri Sareli merasakan lirik Titik Merah yang memenangi peraduan menulis lirik LiriikBaiik SG50, Cik Amanah Mustafi, begitu patriotik.
Semalam, beliau meluangkan masa membeli cakera padat (CD) Titik Merah nyanyian Aisyah Aziz, yang dijual untuk amal di Pameran Mega Wedding and Lifestyle and Exotica Indonesia, di Dewan 6 Singapore Expo anjuran MegaXpress International.