SERAMAI 13 peserta remaja dari negara Asean menyertai forum bersama pegawai Jabatan Negara serta Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengupas bagaimana media baru boleh digunakan oleh remaja Islam bagi menepis pengaruh kumpulan pengganas seperti militan Negara Islam (IS).
Peserta Islam dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina dan Vietnam berbincang dalam forum tiga hari itu menggunakan media baru bagi membawa perubahan sosial dalam dunia Islam.