MASYARAKAT pasca-perkauman - bebas daripada prasangka perkauman - adalah suatu yang dianggap ideal dan walaupun masyarakat Singapura telah menunjuk kemajuan, ia belum mencapai tahap itu lagi, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam semalam di Persidangan HarmonyWorks! oleh OnePeople.sg (OPSG).
Berkongsi demikian kepada kira-kira 120 belia menerusi wadah dalam talian Zoom, Encik Shanmugam berkata beliau mahu belia tampil ke depan bagi menerajui hal ini, dan mereka perlu berbincang, antara isu lain yang berkaitan, di mana sempadan perlu ditetapkan mengenai perbincangan kaum dan agama.