Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Belia ditugaskan terjemah kekata kepada bahasa isyarat

Aug 09, 2016 | 05:30 AM



KESABARAN adalah nilai murni yang perlu disantuni setiap insan.



Nilai tersebut jugalah menjadi pegangan Encik Muhammad Zaid Agil Abdul Karim, antara pembantu dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Pertama kali terlibat dalam NDP, beliau ditugaskan menterjemah kekata yang diutarakan dalam salah satu segmen persembahan kepada bahasa isyarat bagi membantu golongan kurang upaya.



Justeru, ia memerlukan beliau bekerja rapat dan mengenali hati budi orang kurang upaya supaya mereka selesa bekerjasama dengannya.



Anak kedua di kalangan tiga beradik itu berkata: "Antara tugasan saya adalah membuat mereka (golongan kurang upaya) berasa selesa di atas pentas.



"Jika berlakunya krisis atau apa-apa masalah yang mereka hadapi, saya akan membantu mereka.



"Bukan mudah bekerja bersama golongan kurang upaya kerana saya perlu menyelami dan memahami mereka."



Menurut Encik Muhammad Zaid Agil, 22 tahun, beliau mula melibatkan diri bersama badan Touch Community Services - sebuah badan amal bukan mencari untung - yang terlibat bagi persembahan NDP Mei lalu.



Ini setelah 23 anggota di bawah kelolaan badan tersebut terlibat dalam salah satu segmen persembahan di NDP tahun ini.



"Sekitar dua kali dalam seminggu, kami akan melawat mereka dan berlatih bersama mereka bagi persembahan ini.



"Setiap latihan mengambil masa dua jam," ujar beliau.



Memandangkan beliau pernah belajar bahasa isyarat, ia juga memudahkannya memahami isyarat yang diketengahkan.



Encik Muhammad Zaid Agil, seorang berpangkat lans koporal dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berkata: "Sudah tentu banyak cabaran yang perlu saya tangani ketika melatih mereka namun dari situlah saya mempelajari dengan lebih lanjut terhadap perwatakan mereka.



"Secara tidak langsung, ia juga adalah satu penghormatan bagi saya kerana saya dapat menyumbang kembali kepada masyarkat."



Di samping itu, pengalaman tersebut juga mengubah tanggapannya terhadap golongan kurang upaya. Menurutnya, apabila pertama kali bekerja bersama mereka, beliau agak tersentak dengan apa yang dilihatnya namun lambat laun hati beliau terbuka untuk lebih menerima terhadap golongan kurang upaya.



"Saya kini tidak lagi melihat mereka sebagai golongan berkeperluan khas, mereka hanya insan yang kurang upaya," ujar jejaka itu.



INFOGRAFIK:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >