Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia harus saling prihatin, sokong perkara yang betul

Masjid Al-Falah, CNB kerjasama anjur acara 'Enggan Menyalahgunakan', satu inisiatif daripada kempen Dadah Itu Haram
May 30, 2022 | 05:30 AM



BELIA umumnya sedar dadah itu adalah sesuatu yang perlu dielak, namun usaha berterusan untuk mendekati mereka dengan mesej-mesej anti-dadah tetap perlu dilakukan.



Eksekutif Pembangunan Belia, Masjid Al-Falah, Ustaz Muhammad Shahrum Sahid berkata pengaruh hebat daripada rakan-rakan di sekeliling yang diburukkan lagi dengan sikap terhadap penggunaan dadah yang semakin liberal dalam kalangan belia di sesetengah negara-negara, menjadikan usaha mendekati belia di sini satu perjuangan berterusan.



"Usaha berterusan mesti dilakukan untuk menyemai dan memperkukuhkan ilmu yang betul dan meneruskan usaha mendekati mereka agar lebih ramai terhindar daripada menjadi mangsa penyalahgunaan dadah," ujar beliau.



Ustaz Muhammad Shahrum ditemui di acara mendekati belia, yang dianjurkan di masjid itu dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam.



Dinamakan 'Refuse to Abuse' atau Enggan Menyalahgunakan, inisiatif itu sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram (DIH).



Dua sesi serupa telah diadakan sebelum ini di Masjid Maarof pada Disember tahun lalu dan Masjid An-Nur pada Februari tahun ini.



Sesi yang berlangsung petang semalam dihadiri sekitar 20 orang secara fizikal. Acara tersebut juga diikuti menerusi sesi Facebook Live.



Menurut Ustaz Muhammad Shahrum lagi, cabaran utama dalam mendampingi belia ialah untuk memikirkan cara kreatif dan berbeza supaya mesej yang ingin disampaikan dalam dilakukan dengan berkesan.



Tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata belia juga harus mengamalkan sikap saling prihatin dan sentiasa menyokong satu sama lain untuk melakukan perkara yang betul dalam soal dadah.



"Ada negara yang mungkin semakin liberal termasuk negara yang berdekatan dengan Singapura mengenai penggunaan dadah tetapi Singapura akan terus mengambil sikap tegas terhadap dadah.



"Ini juga membuatnya lebih penting bagi kita mendekati seramai orang yang mungkin, melalui pelbagai cara, untuk membuat kesan berbahaya dadah lebih jelas, supaya lebih ramai akan tahu bahawa dadah adalah sesuatu yang harus kita jauhi," kata beliau.



Sementara itu, pegawai CNB, Inspektor Qurratu 'Ain Aminurrashid turut menyertai sesi bersama belia itu dan berkongsi pengalaman beliau dalam menangani kes-kes penyalahgunaan dadah.



"Dalam menjalankan tugas, saya sendiri menyaksikan bagaimana penyalahgunaan dadah memberi kesan bukan sahaja kepada penagih dadah tetapi kepada keluarga dan orang lain di sekeliling mereka.



"Belia mempunyai kuasa untuk berfikir secara kritikal dan membezakan sendiri perkara yang betul untuk dilakukan atau tidak dan saya harap dengan maklumat yang diberikan tentang kesan merosakkan akibat dadah dan tip bagi mereka menolak tawaran dadah, mereka akan sentiasa menjauhi jalan yang akan membawa kepada kehancuran dan kemudaratan kepada diri mereka dan orang tersayang," ujar beliau.



Seorang pembimbing Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Encik Mohamed Riduan Ishak, 48 tahun, juga berkongsi pengalaman peribadinya sebagai bekas penagih dadah dan bagaimana untuk menjauhkan diri daripada terjebak menagih dadah.



"Saya kehilangan zaman muda saya akibat keluar masuk penjara kerana menagih dadah dan saya harap semua belia tidak akan melalui apa yang saya lalui.



"Carilah kawan yang menggalakkan rakan-rakan mereka ke jalan yang betul kerana kerap kali, penagih dadah bermula kerana dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka," kata beliau.




 "Ada negara yang mungkin semakin liberal termasuk negara yang berdekatan dengan Singapura mengenai penggunaan dadah tetapi Singapura akan terus mengambil sikap tegas terhadap dadah.



Ini juga membuatnya lebih penting bagi kita mendekati seramai orang yang mungkin, melalui pelbagai cara, untuk membuat kesan berbahaya dadah lebih jelas, supaya lebih ramai akan tahu bahawa dadah adalah sesuatu yang harus kita jauhi."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >