GENERASI seterusnya sedar dan berusaha secara proaktif mewujudkn ruang untuk dikongsi masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Semalam, Dr Maliki menyertai 50 Duta Belia Keharmonian Kaum (RHYA) Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan penuntut Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah mengagihkan belon dengan mesej ucap selamat kepada orang awam di sekitar stesen MRT Paya Lebar.