Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia radikal sendiri diletakkan di bawah Perintah Sekatan ISA

Jun 29, 2015 | 04:09 PM



SEORANG belia berusia 17 tahun, yang sebelum ini ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), telah dibebaskan daripada tahanan dan diletakkan di bawah Perintah Sekatan (RO) untuk dua tahun mulai bulan ini.


Dia telah ditahan dibawah ISA pada Mei lalu bagi memudahkan siasatan ke atas tahap pengaruhnya dalam ideologi radikal.


Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya hari ini berkata siasatan menunjukkan pelajar 17 tahun itu telah terpengaruh dengan ideologi radikal setelah menonton video, laman web dan bahan-bahan media sosial yang menyebarkan ideologi radikal dan unsur-unsur pengganas.


Belia itu didapati mahu terlibat dalam keganasan bersenjata bersama kumpulan militan ISIS dan telah membuat persiapan untuk melaksanakan rancangannya.


MHA berkata, belia itu perlu menuruti syarat-syarat yang ditetapkan dalam RO setelah dia dibebaskan daripada tahanan.


Dia perlu menghadiri kaunseling agama dan perlu berhenti mendapatkan bahan-bahan dalam talian ganas atau ekstremis.


Dia juga tidak dibenarkan meninggalkan Singapura tanpa izin atau mengeluarkan kenyataan awam.


Pembebasannya di bawah RO dengan syarat-syarat dikenakan, menyediakan keseimbangan antara pemulihan dan pemeliharaan keselamatan awam, kata MHA.


Langkah lanjut akan diambil terhadapnya sekiranya dia melanggar syarat-syarat RO, atau jika dinilai langkah lanjut diperlukan bagi melindungi keselamatan awam.


Anggota keluarga, rakan-rakan, rakan kerja dan orang ramai memainkan peranan penting dalam melindungi warga negara daripada terpengaruh dengan ideologi radikal dan pengganasan.


Sesiapa yang mengetahui atau mengesyaki seseorang yang mereka kenali telah terpengaruh dengan ideologi radikal harus menghubungi talian Pusat Pencegah Pengganasan ISD di 1800-2626-473 (1800-2626-ISD).


Ini akan menyelamatkan individu sedemikian dan membolehkan mereka dibantu dan mendapatkan kaunseling agar mereka dihindari daripada terlibat dalam kegiatan ganas yang boleh mencederakan diri mereka dan orang lain, kata MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >