Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PROGRAM PENGEMBANGAN BAKAT PENULIS BH-NAC 'MENCARI KRISTAL'

Bengkel penulisan menanti 35 peserta peraduan

Sesi percuma sebahagian usaha cungkil bakat baru dalam arena penulisan
Jun 19, 2016 | 05:30 AM



WANG tunai sebanyak $9,000 selain trofi berbentuk kristal menanti lapan finalis bagi peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (BH-NAC), yang kini sedang berlangsung sejak 1 Jun lalu.



Bukan itu sahaja, 35 peserta terpilih dalam peraduan itu juga berpeluang mengikuti enam bengkel penulisan dan cara-cara menerbit dan memasarkan karya, yang dibimbing enam penulis mapan dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.



Mereka ialah Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, Encik Mohd Raman Daud, Cik Henovia Rosalinda, Cik Alberthiene Endah, Encik Amir Muhammad dan Encik Faisal Tehrani.



Bengkel-bengkel itu adalah percuma untuk kumpulan tersebut dan sebahagian daripada usaha mencungkil bakat baru dalam arena penulisan.



Justeru bagi mereka yang mempunyai ilham kreatif dan yakin karyanya berhak ditonjolkan untuk dibaca orang ramai, ayuh tunggu apa lagi.



Hantarkan manuskrip anda kepada penganjur BH-NAC sebelum tarikh penutup pada 22 Julai ini.



Cerpen anda harus bertemakan cinta thriller atau Debar Cinta.



Hasil karya akan diadili oleh barisan karyawan mapan terdiri daripada Editor (Gaya Hidup, Seni & Hiburan) BH Cik Hanim Mohd Saleh; Penyunting BH, Cik Dewani Abbas; Sasterawan, Encik Hamed Ismail, Encik Jamal Ismail dan Encik Juffri Supa'at; dan karyawan teater, Encik Noor Effendy Ibrahim.



Daripada penyertaan ramai itu, juri akan memilih 35 peserta pusingan pertama yang layak menyertai bengkel sebelum karya kumpulan ini akan diadili lagi untuk menentukan lapan finalis.



Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai $5,000 dan trofi manakala pemenang kedua $2,000 dan trofi dan pemenang ketiga $1,000 dan trofi.



Lima pemenang sagu hati akan membawa pulang $200 dan trofi setiap seorang.



Ketika ditemui baru-baru ini salah seorang pembimbing bengkel, Cik Henovia Rosalinda, telah memberi kata-kata perangsang kepada mereka yang mahu berjinak-jinak menulis.



"Tidak usah khuatir jika belum ada daya menulis. Dengan kemahuan yang tinggi dan minat mendalam, sesiapa sahaja bisa membangun jiwa sebagai seorang penulis dan menghasilkan karya," katanya.



Encik Hassan Hasaa'Ree Ali pula berkata: "Peraduan menulis cerpen ini dianjurkan tepat pada masanya kerana sudah tiba waktunya bakat baru dicungkil."



Untuk menyertainya sila hantar karya anda melalui e-mel ke mencarikristal@sph.com.sg.



Butiran lanjut boleh didapati menerusi laman http://mencarikristal.sg.




BUTIRAN PERADUAN



Peraduan: Cerpen



Tema: Debar Cinta



Jumlah perkataan: 2,500



Tarikh tutup: 22 Julai 2016



E-mel: mencarikristal@sph.com.sg



Lungsuri laman: mencarikristal.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >