Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Benjamin Lim akui sentuh budak prempuan lepas nafi pada awalnya

May 19, 2016 | 08:00 AM



BENJAMIN Lim pada mulanya menafikan menyentuh seorang budak perempuan berusia 11 tahun dalam lif kerana dia takut.



Tetapi selepas diberi 20 minit untuk berfikir lagi oleh pegawai yang menemuramahnya di Divisyen Polis Kio Mo Ang, pelajar berusia 14 tahun itu mengaku dan berkata itu kali pertama dia menyentuh budak perempuan dan tahu ia "salah".



Dia turut memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.



Ini didedahkan pada Rabu (18 Mei), hari kedua siasatan koroner ke dalam kematiannya, apabila pegawai yang mengambil kenyataan daripadanya memberi keterangan.



Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) Mohammad Fareed Rahmat berkata pada mulanya Benjamin, yang dibawa ke balai polis pada 11.15 pagi pada 26 Jan, mendakwa dia mengambil laluan baru ke rumahnya selepas sekolah pada 25 Jan, dan sebab itu dia tersalah sangka blok lain sebagai blok rumahnya.



Namun, kenyataannya itu mencurigakan kerana semasa di dalam lif bersama budak perempuan tersebut, Benjamin menekan butang untuk tingkat 13 sedangkan dia tinggal di tingkat 14.



SIO Fareed kemudian memberinya masa untuk berfikir lagi tentang apa yang berlaku.



Apabila beliau menyambung semula temu bual itu pada kira-kira 12.15 tengah hari, Benjamin berkata dia nampak budak perempuan itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan mendapatinya "menarik", dan memutuskan mengekorinya.



Benjamin memberitahu polis selepas masuk ke dalam lif dengannya, dia mendapat idea untuk menjatuhkan telefon bimbitnya supaya dia boleh menyentuhnya semasa bangun.



Apabila mengangkat telefonnya, Benjamin menggunakan tangan kanannya untuk menyentuh paha belakang kiri budak itu. Dia menafikan menyentuh punggung kirinya.



Semasa dia keluar dari lif, budak itu berkata sesuatu kepadanya tetapi dia tidak mendengar apa yang dikatakannya.



"Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Saya berasa kesal dengan apa yang saya lakukan. Saya hanya tergerak untuk menyentuh budak itu pada hari itu. Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah," katanya dalam satu kenyataan polis.



SIO Fareed menjelaskan Benjamin kelihatan tenang sepanjang temu bual itu dan apabila kenyataannya direkodkan. Keseluruhan proses berakhir sejurus selepas 1 petang.



Selepas pengakuan itu, Benjamin ditangkap dan diserahkan kepada ibunya pada kira-kira 2.50 petang selepas dia diikat jamin $2,000. Pada kira-kira 4.30 petang, dia ditemui mati di kaki blok tempat dia tinggal di Yishun.



Ditanya oleh peguam Choo Zheng Xi, yang mewakili keluarga Benjamin, apakah remaja itu terdengar bahawa dia akan ditangkap, SIO Fareed menjelaskan dia menggunakan perkataan kod apabila meminta rakan sekerjanya menyediakan laporan tangkapan itu, memanggilnya laporan "alpha".



SIO Fareed menambah beliau tidak pernah menuduh Benjamin berbohong, tetapi memberitahu dia secara umum bahawa tujuan siasatan itu ialah untuk mengetahui kebenaran.



Penyiasat itu juga berkata beliau mengikuti prosedur yang ditetapkan bagi menemuramah suspek muda, termasuk menyoal Benjamin di ruang terbuka pejabat.



Siasatan koroner disambung pada Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >