Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini bertambah penting dalam memajukan ekonomi digital Singapura pada masa depan. Justeru berbagai usaha telah dijalankan di bawah program nasional, AI Singapore, dalam membentuk dan membangunkan bakat AI. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) mengetengahkan antara dua profil muda Melayu yang berbakat itu.
APABILA Encik Mohamed Ryzal Kamis memutuskan mengambil kursus perbankan dan kewangan di peringkat universiti, beliau sudah memasang niat untuk menceburi bidang kewangan sebagai kerjaya.